Sunday, December 4, 2016

BIOGRAFI TOKOH DAN LIMA CIRI (Faiza Bawumi Sayed Ahmad)




                 Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn.Bhd dan kini beliau berusia 69 tahun. Apabila beliau berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, tokoh usahawan wanita yang berjaya ini yang merupakan seorang wanita kelahiran Mesir terpaksa berhijrah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya Tuan Haji Abu Bakar Ahmad iaitu pada tahun 1964. Semasa beliau berhijrah ke Malaysia beliau sudah mampu menguasai bahasa Melayu dan fasih menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Ini adalah sikap beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran-jirannya menjadi faktor utama beliau mahir dalam menggunakan Bahasa Melayu. Tokoh usahawan wanita ini mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 orang cucunya. Walaupun beliau seorang yang berusia, namun ianya tidak menghalang beliau untuk merancang strategi bagi mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Wanita yang berpewatakan lembut ini sebenarnya seorang yang sangat lemah lembut. Beliau menginginkan bahawa syarikat yang dimilikinya sentiasa berada pada landasan yang betul dan mencatatkan keuntungan yang sangat tinggi pada setiap tahun.
Antara ciri-ciri usahawan Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang telah membuatkan dirinya berjaya ialah:

3.1 OPEN RISK TAKER
Faiza Bawumi Sayed Ahmad memulakan modal dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju untuk anak-anak kecil jirannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes perniagaan pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil ini, beliau menabung wang bagi menjalankan modal bisnes seterusnya.
Selain itu beliau turut menjual rempah kari buatan sendiri dan ia mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli senuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari tersebut. Beliau belajar membuat pelbagai jenis beras. Beliau juga memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk Ponni, Basmathi dan Beras Wang setelah mendapat maklumbalas yang positif atas usaha selidik pergi ke satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan respon.

3.2 OBSERVANT (TAAT)
Taat bermaksud patuh atau dengan erti kata lain tidak membantah sebarang arahan atau peraturan. Sikap taat di dalam diri seorang usahawan perlu ada agar mereka tidak melanggar etika atau peraturan perniagaan seperti menggunakan sistem riba, membocorkan maklumat syarikat kepada pihak luar atau musuh atau lebih dikenali sebagai whistle blower. Seterusnya, usahawan tersebut juga perlulah sangat jujur dengan pelanggan ataupun pembekal. Misalnya, mereka memberitahu mengenai kelebihan dan kelemahan produk yang dijual tanpa menyembunyikan apa-apa.
Contoh usahawan yang mempunyai sikap taat di dalam dirinya ialah Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad dimana beliau ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara Malaysia. Beliau yang merupakan pemilik syarikat pemborong beras syarikat Faiza Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang wanita yang mempunyai semangat waja. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Pengalamannya sejak dari kecil telah mendorong beliau untuk bergiat secara serius dan gigih dalam bidang perniagaan.
Setelah beliau berjaya menjadi pemborong beras, sikap taat yang masih terdapat di dalam dirinya. Hal ini dibuktikan dengan beliau telah memohon lesen pemborong beras terlebih dahulu sebelum menjual pelbagai jenis beras termasuklah beras ponni, basmathi, beras wangi serta beras siam. Meski pun perniagaan beliau telah berjaya tetapi beliau tetap jujur daalam menguruskan hal-hal perniagaannya dengan pembeli. Perniagaannya tetap mementingkan kualiti produk yang tinggi dan juga memastikan ianya halal. Hal ini telah membuktikan bahawa Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad seorang usahawan yang taat.


3.3 VISIONARY
Wawasan sangat penting dalam diri seorang usahawan yang berjaya. Ini kerana wawasan merupakan elemen penting bagi usahawan tersebut untuk terus mencapai matlamat sesebuah organisasi atau syarikat yang di pimpinnya. Wawasan bermaksud mempunyai pandangan yang jauh terhadap sesuatu perkara seperti kemajuan atau perkembangan pada masa depan.
Seorang tokoh usahawan yang berjaya iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang merupakan pengasas bagi Syarikat Faiza Sdn. Bhd, beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai wawasan yang tinggi. Beliau dilahirkan di Mesir dan mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak datang dari keluarga yang kaya raya, malah kejayaan beliau hari ini merupakan hasil dari titik peluh beliau sendiri. Faiza Bayumi Sayed Ahmad telah menjalankan pelbagai perniagaan seperti mengambil upah menjahit sulaman, menjual pelbagai barangan dapur, menghasilkan set sarung bantal, berniaga set ensiklopedia, dan bisnes pinggan mangkuk. Beliau juga menhasilkan pelbagai rempah kari dan akhirnya membuka kedai runcit dengan modal menjual rempah kari. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain dan tercetusnya idea untuk membekalkan beras halal kepada orang Islam di Malaysia.

Faiza Bawumi Sayed Ahmad dikatakan seorang yang berwawasan tinggi kerana beliau merupakan usahawan pertama yang berjaya membekalkan beras halal di Malaysia. Produk beras Faiza tersebut mendapat sambutan walaupun mendapat saingan yang sengit. . Produknya berkualiti tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya. Usaha yang dilakukan beliau itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.
Kesimpulannya, untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu haruslah berwawasan tinggi dan berpandangan jauh agar sesuatu perniagaan dapat dicapai dengan jayanya.


3.4 TEAM ORIENTED
Pasukan berorientasi ataupun kerja berpasukan merujuk kepada kerjasama antara pekerja yang bekerja dalam sebuah kumpulan untuk melaksanakan tugas dengan berganding bahu dan tenaga bagi mencapai objektif dan matlamat pasukan. Seseorang individu dalam sesebuah pasukan dapat menggunakan kelebihan dan kepakaran yang dimilki serta bertukar pendapat dan memberi idea yang bernas demi kebaikan pasukan.
Salah seorang usahawan berjaya yang mempunyai ciri ini ialah Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. (SFSB).  Faktor kejayaan beliau ialah ilmu pengetahuan dan mempunyai pasukan pengurusan yang cekap dan berkesan. Beliau percaya bahawa kejayaan SFSB  dapat dicapai hasil daripada kesungguhan dalam melakukan setiap perkara. SFSB sentiasa melihat ke hadapan untuk menghasilkan cara yang lebih baik untuk menjanakan, teknik-teknik lebih baik, berkomunikasi, menyampaikan dan galakan untuk memberi khidmat jualan. Tambahan pula, kekuatan SFSB terletak pada daya penggerak yang professional dan tenaga pekerja yang memiliki pengalaman dalam bidang masing-masing dan pengetahuan yang luas di mana kekuatan tersebut merupakan persiapan bagi bersaing dalam  aktiviti perniagaan beras. Hal ini kerana tiada tolak ansur mengenai kualiti di SFSB.

Kini, SFSB makin berkembang dan maju sehingga syarikat tersebut mempunyai tiga buah kilang yang terletak di Terengganu, Selangor dan Kedah. Selain menjalankan perniagaan beras dan rempah, kini SFSB telah memasuki bidang baru dengan menawarkan produk baru iaitu kicap, sos cili dan bihun. Bagi meningkatkan jumlah pengeluaran bihun, syarikat ini telah menempah sebuah mesin dari China bagi mencapai sasaran jualan pada tahun pertama sebanyak RM12 juta.
Konklusinya, Puan Faiza Sayed Bawumi adalah seorang usahawan yang memiliki sebuah pasukan yang berorientasi dan bersama-sama menyumbangkan kebolehan serta mewujudkan jalinan kerjasama yang kukuh antara semua pihak agar penetapan matlamat dapat dicapai.


3.5 OUTCOME ORIENTED
              Usahawan Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad menjalankan perniagaannya berorientasikan hasil. Pada beliau, kepuasan pelanggan merupakan keutamaan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Bagi mengembangkan lagi produk beliau, bahan bahan rempah ratus yang berkualiti menjadi pilihan beliau bagi mengekalkan rasa asli resipi tradisional yang menjadi simbol kepada Syarikat Faiza. Puan Faiza juga amat menekankan aspek kebersihan dan kualiti produk dimana produk keluaran Syarikat Faiza bebas perasa tambahan dan bahan pengawet. Keadaan di kilang pengeluaran juga menjadi keutamaan Puan Faiza kerana dari kecekapan penggunaan mesin dan pekerja yang terlatih dapat mengendendalikan pemprosesan dan pembungkusan dengan baik di samping dapat menjimatkan kos. Perkara yang paling penting bagi Puan Faiza ialah produk yang dikeluarkan mendapat status HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Puan Faiza pernah mengeluarkan penyataan di petikan surat khabar Kosmo! semasa ditemubual mengatakan, "Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal,". Hal ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan Puan Faiza dapat mengutamakan kualiti pengeluaran telah berjaya menaikkan nama produk beliau dan mendapat kepercayaan pelanggan.



 KESIMPULAN
       Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa individu atau masyarakat yang ingin berjaya seperti tokoh-tokoh usahawan yang telah berjaya dan disegani orang ramai, mereka perlulah mempunyai ciri-ciri serta sifat-sifat usahawan seperti yang telah dibincangkan dalam laporan ini. Setiap orang mempunyai peluang dan jalan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, namun mereka perlulah bersungguh-sungguh terhadap sesuatu kerja agar impian mereka untuk menjadi ushawan yang berjaya tercapai. Usahawan-usahawan yang berjaya perlulah diambil contoh daripada keperibadian dan sifat mereka yang menjadikan mereka berjaya seperti yang telah mereka kecapi sekarang. Daya usaha dan kerja keras perlu dilakukan sementara mengejar kejayaan pada masa akan dating. Semoga negara dapat melahirkan usahawan yang berjaya dan dapat mencapai taraf negara maju melalui penglibatan usahawan dalam negara ini.

SIFAT-SIFAT KEUSAHAWANAN DAN CONTOH

1) NETWORKED (JARINGAN)
              Rangkaian adalah satu ciri yang wajib ada dalam sesebuah perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya, ushawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ianya akan menjadi mudah untuk seseorang usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapat sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Hal ini demikian kerana, ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
Terdapat ramai usahawan yang menggunakan rangkaian sebagai cara untuk mempromosikan produk atau barangan mereka tersebut. Rangkaian yang usahawan gunakan adalah dengan membuat tajaan atau sponser kepada sesebuah rancangan di Astro. Hal ini demikian kerana, dengan membuat tajaan maka orang ramai akan lebih mengenali produk mereka. Antaranya ialah Dato Seri Vida pengasas kepada pamoga dan Qu Puteh, Dato Aliff Syukri Kamarzaman pengasas kepada produk D’Herbs dan juga Datuk Seri Dr Hajjah Hasmiza iaitu pengasas Tati Skincare.
       Contoh usahawan yang mengaplikasikan ciri rangkaian dalam perniagaannya ialah Datuk Jimmy Choo. Beliau merupakan seorang pereka kasut dan juga seorang tukang kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan seninya. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga dimana ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut.
Empat tahun yang lalu, apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1190. Semenjak itu, Puteri Diana berminat dengan rekaan Jimmy Choo dan memyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak dipersada antarabangsa. Rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK pada tahun 1996. Beliau mengasakan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Beliau juga bijak mencari peluang dan mencari jaringan bagi perniagaan kasutnya. 



          
2) OPEN RISK TAKER (PENGAMBIL RISIKO)
          Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah dilahirkan di Pusing , Perak . Beliau mempunyai 6 orang adik-beradik  . Beliau menerima pendidikan tingi di Footscray Institute of Technology yang kini dikenali sebagai Victoria Universiti of Technology , Australia . Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di kilang pemasangan motor selepas tamat pengajiannya .
Beliau mula menceburi bidang keusahawanan dan menjadi pengasas dan peneraju Kumpulan Sunway . Kumpulan Sunway telah berjaya menempuh tiga kemelesetan ekonomi dengan jayanya . Pada tahun 1974 beliau telah menjalankan syarikat perlombongan bijih timah iaitu Syarikat Sungai Way dengan modal berbayar sebanyak RM100000 yang kemudian dinamakan Sunway . Kemelesetan ekonomi melanda pada tahun 1977 namun syarikat beliau masih mampu bertahan . Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan perlombongan tersebut , bijih timah telah habis dilombong dan beliau telah bertukar kepada perniagaan kuari dan pasir . Prestasi syarikat yang memberangsangkan telah menjadikannya berjaya disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) pada tahun 1984 sebagai Sunway Holdings Berhad .          
      Pada tahun 1985 pula Malaysia dilanda masalah kemelesetan ekonomi . Kesan yang dirasai pada tahun itu adalah lebih ketara . Menjelang tahun 1987 , Sunway Holdings Berhad telah mencatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya . Namun beberapa langkah telah diambil oleh beliau agar dapat bertahan . Selepas kemelesetan ekonomi berakhir , Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah mula mengambil langkah dengan mempelbagaikan perniagaannya supaya risiko syarikatnya dapat disebarkan . Sunway Holdings Berhad mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah , pelaburan hartanah , pembuatan dan perniagaan yang berkaitan dengan hiburan . Hasil kepelbagaian itu , beliau berjaya menubuhkan tiga buah syarikat lagi iaitu Sunway City Berhad , Sunway Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad .          
       Kemudian , berlaku pula krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 di mana Sunway Holdings Berhad turut merasai kesannya . Bagi menghadapi krisis ekonomi tersebut beliau telah mengambil beberapa langkah dengan mengumpulkan kesemua pekerjanya dan menunjukkan akaun syarikat yang berada dalam keadaan stabil pada masa itu bagi memastikan syarikatnya membayar gaji tepat pada masanya . Ini kerana beliau ingin mendapatkan sokongan penuh dari setiap pekerjanya . Tindakan seterusnya beliau memulakan langkah untuk mengurangkan kos dengan menjual jentera yang tidak diperlukan dan menutup perniagaan yang tidak mendatangkan hasil . Definisi ini merujuk kepada seseorang individu atau perniagaan yang cenderung melakukan sesuatu akan menyebabkan berlakunya kecenderungan fizikal atau kerugian kewangan tetapi juga mungkin memberikan peluang untuk hasil yang lebih memuaskan. 
Seterusnya , beliau telah bercita-cita untuk membangunkan Bandar Sunway namun ramai yang tidak yakin dengan kemampuan beliau dalam menjayakan projek perumahan di atas bekas lombong tersebut . Dengan keazaman dan kesungguhan beliau telah berjaya membuktikan  bahawa beliau berjaya membangunkan Bandar Sunway di kawasan bekas lombong tersebut . Kini Bandar Sunway telah bernilai RM2 billion dan merupakan bandar yang lengkap dengan infrastruktur serta menjadi salah satu kawasan perumahan yang terunggul di Lembah Klang .
Sepanjang perjalanan beliau dalam dunia perniagaan , beliau mendapat beberapa anugerah iaitu Paul Harris Fellow Award , Fellow Australian Society of Certificate Practising Accountants , Fellow of Institute of Directors , CEO of the Year Award dan Property Man of the Year . Beliau juga banyak mencari peluang di luar negara seperti Taiwan , India dan Australia . Beliau turut mengadakan perkongsian bijak dan usaha sama dengan beberapa pihak seperti Syarikat Pelaburan Kerajaan Singapura . Beliau juga adalah pengasas Institute Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) iaitu institut yang ditubuhkan bagi menggalakkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa melalui dialog di peringkat tinggi .              Kesimpulannya , sebagai seorang keusahawanan yang berjaya , kita harus berani mengambil risiko . Jika kita tidak berani mengambil risiko , maka kita tidak akan berjaya sampai bila-bila dalam hidup kita. Mencuba adalah lebih baik daripada hanya melihat sahaja . Oleh itu , sikap keberanian Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah dalam mengambil risiko wajar dicontohi.





                            


                       3) OBSERVANT (PEMERHATI)         
 Seorang usahawan yang ingin mempunyai perniagaan yang sentiasa berkembang juga turut perlu bersikap memerhati dalam pelbagai aspek. Pemerhatian merupakan satu kemampuan seseorang untuk memberikan perhatian dengan terperinci dan teliti mengenai sesuatu perkara serta fleksibel terhadap sesuatu situasi. Dalam konteks peka terhadap keadaan sekeliling, usahawan perlu bijak mencari keperluan masyarakat masa ini yang sememangnya mempunyai limitasi dalam memenuhi kehendak diri seterusnya membuka peluang kepada usahawan untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. Melalui pemerhatian, usahawan dapat menjana idea untuk melakukan nilai tambah terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan bagi memaksimakan kepuasaan pengguna khususnya bagi memastikan produk kekal di dalam pasaran.          
 Pemerhatian yang dilakukan bukan sahaja bertujuan untuk melihat tetapi untuk membuat perancangan jangka panjang dengan lebih teliti. Apabila usahawan dapat melihat masalah yang dihadapi oleh masyarakat, di situ munculnya peluang untuk usahawan menawarkan sesuatu yang dapat membantu masyarakat dan mendapatkan kepercayaan masyarakat terhadap perniagaan. Usahawan juga perlu lebih cepat dan tidak teragak-agak mengambil peluang yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak lain.         Sekiranya usahawan bijak dalam memerhatikan sesuatu perkara, tidak hairanlah jika pelbagai idea baru dapat dicetuskan bagi mengembangkan lagi produk yang dikeluarkannya seperti mana yang telah dilakukan oleh pengasas Burger Ramly iaitu Dato’ Haji Ramly bin Mokni dalam menghasilkan makanan sejuk beku yang masih hangat di pasaran sehingga kini. Beliau mempunyai syarikatnya sendiri iaitu Ramly Food Processing Sdn Bhd, Pemasaran Ramly Mokni, Ramly Supermarket Sdn Bhd dan beberapa perniagaan lain.Pada mulanya, beliau merupakan seorang pemotong daging di pasar raya pada awal tahun 1970 dan tercetusnya idea untuk menghasilkan daging burger sendiri apabila membuat pemerhatian bahawa daging dan makanan sejuk beku yang dihasilkan di pasar raya tidak dijamin halal dan menjadi keraguan kepada masyarakat Islam ketika itu.   
 Maka bermula lah penghasilan daging burger dan makanan sejuk beku dengan menjadikan umat Islam sebagai sasaran utama perniagaan. Kebijaksanaan beliau mengambil peluang ini telah menarik minat ramai pelanggan apabila ditambah dengan kreativiti menyediakan pek pembungkusan burger bagi memudahkan pembelian. Pendek kata, dengan adanya sifat pemerhati dalam diri usahawan bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada usahawan malah kepada ramai pengguna khususnya di kawasan usahawan berada. 



4) VISIONARY
Berwawasan
Berwawasan adalah salah satu daripada gaya kepimpinan bersama-sama membolehkan mana-mana organisasi, bahagian, jabatan, projek, kumpulan atau pasukan untuk sampai ke tahap memperolehi kejayaan.Kebanyakan orang yang mempunyai wawasan mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu pemikiran yang luas yang dihidupkan oleh idea-idea bernas, mereka mudah bosan dengan perkara-perkara yang sudah disediakan dan digunakan oleh manusia untuk membuat sesuatu perkara yang ingin dicapai. 0rang berwawasan selalunya berkarisma dengan melibatkan diri dalam penyampaian, dapat mendorong orang ramai untuk membawa sesuatu yang terbaik dalam setiap usaha, kesetiaan mereka dalam memberi inspirasi yang mendalam pada orang lain, dan selalu menjadi pasukan penyokong atau tulang belakang dalam membangunkan pembangunan di sekeliling mereka.Kumpulan individu yang berwawasan ini cenderung untuk berkongsi penglibatan yang terbaik dan yang ingin membantu melihat penglibatan tersebut direalisasikan.
      Pemimpin yang berwawasan mempunyai tahap yang luar biasa dalam keterbukaan kepada maklumat baru.Hasil daripada kesediaan individu yang berwawasan untuk mencuba dan terus mencuba perkara-perkara baharu sering berada dalam kedudukan yang terbaik untuk membuat kejayaan dengan kreatif dan berbangga dengan hasilnya.Pemimpin berwawasan mempunyai minda yang kuat dari segi mental dan sering mempunyai keupayaan untuk melihat perkara-perkara dengan mata fikiran mereka sebelum orang lain.
Berorientasikan Matlamat
  Usahawan ini berpegang pada prinsip “Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Inilah tekad dan prinsip yang dipegang seorang contoh usahawan yang telah berjaya membangunkan perniagaannya dari secara kecilan sehinggalah telah menjadi satu empayar perniagaan yang berjaya baginya.
Datuk Wan Mohammad Sani
      Pada usia 35 tahun, Datuk Wan Mohammad Sani sudah mendapat pelbagai pengiktirafan serta anugerah diatas kejayaannya menerajui perniagaan dalam bidang pengangkutan di negara ini. Antara pengiktirafan yang diterima beliau ialah Tokoh Usahawan Muda, iaitu anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama). Beliau juga turut mendapat Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur pada April 2009. Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan masa kini.
     Tambahan pula, sewaktu beliau berusia 33 tahun, usahawan berjaya ini bagaikan telah memiliki segala-galanya. Perniagaan yang diusahakannya telah memberi pulangan jutaan ringgit. Dengan keuntungan tersebut, beliau telah pun memiliki bangunan perniagaannya sendiri yang berfungsi sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah hamper 7 juta Ringgit. Beliau juga memiliki sebuah kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami bangle mewah bernilai RM9 juta.

 Di dalam temubual bersama Datuk Wan Mohammad Sani berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap yang beliau kecapi sekarang ini meskipun inilah impian yang beliau cita-citakan untuk menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi. Seorang individu yang meceburkan diri dalam bidang perniagaan semestinya mempunyai matlamat dan berwawasan jauh. Hal ini dapat dilihat dengan penelitian dan perancangan rapi Datuk Wan Mohammad Sani dalam merangka impian dan cita-citanya sehingga menjadi realiti. Tanpa wawasan dan matlamat yang dipegang olehnya, sudah pasti beliau tidak akan dapat memiliki semua empayar perniagaan yang dimilikinya sekarang ini hasil daripada usaha serta rezeki yang diberikan oleh Allah swt kepadanya.

           



 5) FAILURE IS AN OPTION       
 Salah seorang daripada usahawan tersebut ialah Dato’ Haji Ramly bin Mokni. Beliau merupakan pengasas produk Ramly yang menyediakan makanan sejuk beku dan telah memulakan perniagaan bermula pada tahun 1984. Ideanya yang ingin menghasilkan makanan sejuk beku tercetus apabila melihat masalah status makanan sama ada halal atau haram pada awal 70-an. Pada permulaanya, idea beliau diperlekehkan sesetengah pihak dan terdapat pihak bank yang tidak yakin dengan produk beliau.Pada tahun 2011, beliau menghadapi cabaran dalam perniagaannya di mana isu DNA babi dalam Ramly Burger telah heboh diperkatakan. Hal ini kerana terdapat sebuah blog yang memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana.Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Dato’ Ramly bin Mokni menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Dalam surat terbuka  bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang sepenuhnya dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam. Tambahan pula, kakitangan syarikat tersebut seramai 1,000 orang juga beragama Islam.   Bagi seseorang usahawan, ciri-ciri usahawan iaitu kegagalan adalah satu pilihan merupakan satu ciri yang tidak dapat dielak.. Hal ini kerana tidak semestinya sesebuah perniagaan akan berjaya dengan mudah. Ciri ini menjadikan usahawan itu lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi perniagaan.
           Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka amat menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal  produk yang dikeluarkan. Beliau mendakwa telah menemui kertas bungkusan yang digunakan tetapi bukan milikan Ramly lantas membuat aduan polis. Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan  tiada DNA babi ditemui. Beliau turut menasihati orang ramai untuk menghubungi pihak JAKIM untuk penjelasan lanjut jika terdapat sebarang pertanyaan. Hal ini menunjukkan bahawa kegagalan bukanlah halangan untuk meneruskan perniagaan yang diceburi malah mendorong usahawan untuk merealisasikan matlamat mereka.





             6) OPEN CULTURE (BUDAYA TERBUKA)

        Budaya terbuka adalah merujuk kepada konsep di mana pengetahuan harus disebarkan secara meluas. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat dengan mana-mana perlindungan undang-undang harta intelek semasa seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas kerjasama dan perkongsian. Setiap usahawan yang berjaya perlulah mengamalkan konsep budaya terbuka.

          Vivy Yusof merupakan seorang usahawan, selebriti dan ikon sosial untuk beribu-ribu wanita muda di Malaysia. Beliau merupakan pengasas laman web e-dagang FashionValet.com yang dikongsi bersama suaminya iaitu Fadza Anuar.
FashionValet adalah salah satu daripada laman web e-dagang yang menjalankan perniagaan fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia dan terbesr di Asia. FashionValet bermula dengan hanya RM100,000 dan telah berjaya dilancarkan pada bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan. Sehingga kini platform ini mempunyai lebih daripada 300 jenama dari seluruh Asia Tenggara dimana beliau banyak menjalankan kerjasama dengan pereka tempatan untuk menghasilkan baju yang mampu milik. Beberapa tahun yang lalu, Vivy mempunyai blog yang diberi nama Proudduck semasa beliau belajar di London School of Economics dalam bidang undang-undang ketika berumur 25 tahun. Beliau gemar menulis untuk berkongsi pandangan dan pengalamannya belajar di luar negara. Tidak lama selepas itu beliau mempunyai ramai pengikut dan pembaca yang setia mengikuti perkembangan blognya terutamanya golongan wanita muda yang menyukai hasil tulisan, gaya dan penampilannya. Semasa di UK, beliau mendapati bahawa penduduk UK sangat menghargai rekaan pereka tempatan. Selain itu, kebanyakan penduduk di UK membeli-belah secara online berbanding di Malaysia.
          Oleh itu, proses membeli-belah dalam talian adalah bukanlah sesuatu yang baru di negara itu pada masa itu. Kerana minat yang mendalam dalam bidang fesyen dan tidak mahu ketinggalan dalamnya, beliau sentiasa menjaga penampilannya dan sentiasa tampil feminin dan bergaya. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Malaysia dan membantu bapanya dalam perniagaan hartanah. Beliau rindu untuk membeli-belah secara dalam talian kerana kesibukannya dengan tugas-tugas di pejabat yang menyebabkannya tidak mempunyai masa untuk membeli-belah. Inspirasi daripada budaya terbuka penduduk UK, beliau sedar bahawa pembangunan teknologi maklumat yang semakin meningkat dengan pesat membuka banyak peluang beliau untuk memulakan sesuatu yang baharu yang boleh dimulakan di Malaysia pada ketika itu.     Beliau dengan itu memutuskan untuk melancarkan pusat membeli-belah dalam talian yang dinamakan FashionValet.net pada tahun 2009 setelah mendapat pandangan dan persetujuan daripada bapanya. Beliau menubuhkan FashionValet.net (FV) sebagai sebuah hab rekaan fesyen tempatan. Beliau memulakan perniagaan ini dengan rakan-rakan beliau di UK iaitu Asma 'Nasaruddin dan Fadza Anuar yang kini merupakan suaminya. Tidak boleh mereka fesyen kerana pendidikan pasangan itu menyimpang jauh daripada dunia fesyen kerana beliau belajar undang-undang manakala suaminya belajar kejuruteraan aeronautik menyebabkan mereka mencontohi syarikat perniagaan dalam talian daripada UK iaitu ASOS. ASOS menawarkan pelbagai jenama pereka di bawah satu bumbung.        
       Bagi membezakan laman web mereka daripada orang lain, Vivy merancang untuk menetapkan hanya jenama tempatan. Sehingga hari ini pembaca dan peminat beliau sendiri yang pergi mencari untuk mengikuti perkembangan Vivy terutamanya pada akaun media sosial beliau iaitu blog termasuk Instagram, di mana beliau memuat naik gambar fesyen beliau pada setiap hari serta maklumat terkini mengenai hidupnya termasuk berita pelancaran FashionValet. Vivy pernah menyatakan rasa terharunya terhadap sokongan yang diterima daripada peminat beliau, dan berkata bahawa beliau tidak pernah membayangkan bahawa blog kecil itu boleh berkembang ke dalam perniagaan sehingga hari ini. Hari ini, berkat usaha Vivy, Fadza dan rakannya Asma Nasarudin kini menyebabkan FashionValet mempunyai lebih daripada 30 pekerja dan saham lebih daripada 300 jenama dari seluruh Asia Tenggara. Tidak hairan juga apabila Vivy Yusof terpilih sebagai calon Bella Business Award melalui saluran NTV7 dan antara 60 Wanita Inspirasi Nona TV3. Kesimpulannya Vivy Sofinas Yusof menunjukkan bahawa kepentingan budaya terbuka untuk usahawan.

  


       7) OUTCOME ORIENTED (BERORIENTASIKAN HASIL)
Antara ciri lain yang perlu ada dalam ciri usahawan yang berjaya ialah usahawan yang menjalankan perniagaan dengan berorientasikan hasil. Berorientasikan hasil bermaksud usahwan melakukan sesuatu tindakan dengan menitik beratkan kesan atau hasil yang akan diperolehi. Dalam dunia keusahawanan, hasil yang diperolehi oleh perniagaan bersamaan dengan keuntungan dan mendapatkan keuntungan merupakan matlamat utama sesebuah perniagaan.      Ciri ini tidak mementingkan martabat semata-mata. Usahawan percaya bahawa dengan memberikan penekanan kepada hasil atau prestasi, perniagaan akan berjaya dan dengan itu martabat dapat ditingkatkan. Lebih banyak motivasi dapat diterapkan dalam perniagaan sekiranya usahawan tidak menjalankan perniagaan sekadar untuk mendapat prestij yang tinggi.Dalam sesebuah perniagaan, usahawan berorientasikan hasil analisis produktiviti pekerja dengan mengambil kira bilangan tugas yang dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan kualiti kerja ke atas produk atau perkhidmatan yang diberikan. Meskipun telah ditetapkan piawaian untuk menilai seseorang pekerja, pekerja tersebut masih bebas untuk membuat sasaran tersendiri mengikut kemampuan. Proses penghasilan sesuatu produk dan produktiviti yang diberikan oleh pekerja dapat mempengaruhi hasil akhir yang akan dicapai oleh perniagaan. Oleh itu, usahawan perlu sentiasa melihat ke depan dan bijak merebut peluang yang ada serta memastikan semua masalah yang timbul dapat dikawal.
        Tan Sri Nasaruddin, seorang usahawan dalam bidang pengangkutan iaitu Pengarah Urusan Kumpulan NAZA menunjukkan sikap merebut hasil apabila beliau telah membeli 20 AP (permit import) untuk mengimport kereta buatan asing kemudiaan telah memanfaatkan masa tiga bulan ke Jepun dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang telah berjaya dijual keseluruhannya dalam masa tiga bulan. Perniagaan automobil telah dimulakan oleh beliau di sebuah kedai di Taman Maluri dan berjaya 10 hingga 15 unit dalam masa sebulan. Seterusnya pada tahun 1979, cawangan baru dibuka di Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi meluakan lagi perniagaan beliau dan menjual sebanyak 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Beliau telah berjaya menonjolkan perniagaan beliau apabila telah mengambil peluang untuk mengimport kereta Jepun yang menjadi perhatian rakyat Malaysia ketika itu. Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dari segi sokongan dan pembiayaan, ketekunan beliau untuk mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap perniagaan telah membuatkan perniagaan beliau terus berkembang.Seterusnya, kos dalam menghasilkan sesuatu produk juga dapat mempengaruhi keuntungan yang bakal diperolehi oleh perniagaan. Maka usahawan perlu bijak meminimakan kos dengan memilih kos yang lebih rendah atau mendapatkan masa pemprosesan yang lebih singkat dari sebelumnya. Perkiraan kos ini perlukan dilakukan dari semasa ke semasa terutama jika usahawan melakukan perubahan dan penambahbaikan serta menggunakan maklumat-maklumat perniagaan dengan sebaiknya agar dapat meningkatkan keefisienan perniagaan dan diri usahawan.







       8) TEAM ORIENTED (PASUKAN BERORIENTASI)       
          Berorientasikan pasukan dimana apabila dalam sesuatu situasi seseorang individu tidak hanya boleh berfikir tentang diri sendiri sahaja malahan perlu memikirkan untuk pihak orang lain. Hal ini membawa maksud individu terbabit harus memasukkan dirinya sekali demi kepentingan orang lain ketika membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Ciri berorientasikan pasukan amat penting kerana ini akan menunjukkan setiap keputusan yang dibuat adalah dilakukan secara sama rata tanpa ada berlaku ketidakadilan bagi mana-mana pihak.Hakikatnya banyak kerja atau tugas-tugas akan terlaksana dengan cepat dan cekap jika setiap ahli kumpulan melakukan tugas dengan penuh berwibawa dan memberikan komitmen yang padu. Kumpulan yang paling berjaya dan mempunyai kerjasama yang utuh dapat saling berkongsi pendapat dan pengetahuan serta dapat memahami dengan berkesan untuk mencari jalan penyelesaian yang kreatif untuk sesuatu masalah.        
             Bekerja dalam pasukan boleh dilihat pada kerjasama yang dibentuk dan ditunjukkan oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini. Rizman Ruzaini terbentuk melalui gabungan dua nama hebat iaitu Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil dan Rizman Nordin yang merupakan rakan kongsi dalam perusahaan fesyen.Rizman dan Ruzaini mula bekerjasama sejak mereka masih berada di menara gading lagi.Mereka mula berkenalan ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara, Seri Iskandar, Perak. Perkenalan mereka diteruskan lagi apabila masing-masing menyambung pengajian dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM,Shah Alam.               
      Impian utama Ruzaini bukanlah untuk menjadi seorang pereka fesyen apabila selesai menamatkan pengajian manakala sebaliknya Rizman yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang pereka terkemuka.Walaubagaimanapun, setelah ramai berpendapat bahawa mereka boleh mencipta nama sekiranya bergabung menjadi sepasukan dalam mencetuskan idea fesyen yang kreatif, maka Rizman Ruzaini telah berjaya dibentuk.                   Rizman dan Ruzaini ternyata telah berjaya membuktikan bukan sahaja kepada negara bahkan kepada seluruh dunia melalui kerjasama yang ditunjukkan melalui idea yang kreatif dan kritis yang mereka tunjukkan. Rekaan Rizman Ruzaini juga pernah mengharumkan nama negara apabila berjaya menembusi pasaran global. Bukan itu sahaja malahan rekaan mereka turut mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan artis-artis terkemuka tanah air serta dalam golongan bangsawan negara.                               Menyingkap kembali sejarah lalu, Rizman Ruzaini mengatakan kerjaya mereka sebagai pereka fesyen betul-betul menjengah dunia publisiti apabila mereka telah diminta oleh artis terkenal negara, Ziana Zain untuk mereka pakaian untuk satu majlis besar.Ternyata rekaan mereka telah berjaya menambat hati artis tersebut. Setelah itu nama Rizman Ruzaini sering menjadi sebutan dalam kalangan artis dan golongan ternama. Kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh sepasangan ini apabila mereka telah menghasilkan satu kombinasi kerjasama yang berkesan.Buktinya Rizman Ruzaini pernah menerima Anugerah Pereka Popular selama tiga tahun berturut-turut.       Berkat kesungguhan dan kejujuran yang dipraktikkan dalam konteks kerjasama sebagai satu pasukan, nama Rizman Ruzaini telah gah meniti di bibir-bibir masyarakat sekarang. Pembahagian tugas juga turut diterapkan secara adil dan saksama antara Rizman dan Ruzaini seperti yang dilakukan oleh pasangan lain dalam realiti kerjasama antara pasukan. Konklusinya kerjasama dalam sebuah pasukan penting dan kerja –kerja akan dapat dilakukan secara dengan lancar apabila wujudnya sifat tolak ansur antara satu sama lain.






                  9) PROACTIVE 
Proaktif didefinisikan sebagai bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Dalam konteks keusahawanan, seorang usahawan itu mestilah bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan.     
   Ciri ini dapat dilihat pada seorang tokoh usahawan wanita terkenal iaitu Datuk Wira Dr. Maznah Hamid yang telah menubuhkan Securiforce merangkap Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Berbekalkan duit simpanan beliau ketika menjadi guru bahasa dan penterjemah kepada duta asing, beliau telah menceburi bidang perniagaan keselamatan dan akhirnya Securiforce telah berjaya didaftarkan pada 27 September 1980 di bawah Akta Syarikat 1965.Selain menjadi usahawan, beliau juga merupakan seorang guru keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali di dalam negara mahupun luar negara oleh lapisan masyarakat. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi, pembangunan insane dan keusahawanan  serta ‘success counselor’ di institusi-institusi pengajian tinggi. Wanita berkebolehan ini juga adalah seorang wanita yang sangat aktif dalam persatuan dan memegang beberapa jawatan. Antaranya ialah Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun, Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM,  Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS) dan  Advisor, Excellerated Business School Inc, USA.Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa seseorang usahawan harus mempunyai cirri yang proaktif agar bidang perniagaan yang diceburi berdaya saing dan dapat bertahan lama. 



 

DEFINISI USAHAWAN

Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga. Umumnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan strategik untuk terus berjaya.Perkataan ushawan dalam bahasa inggeris bermaksud entrepreneur berasal daripada bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul tugas dan mencuba.   

 Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi Perancis campuran Irish dianggap oleh Schumpeter(1934) sebagai orang pertama yang memperkenalkan konsep keusahawanan. Cantillon melihat usahawan sebagai ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan.Dengan tercetusnya pelbagai definisi mengenai usahawan dan keusahawanan, hanya satu terma utama yang terhasil iaitu keusahawanan dikenal pasti sebagai satu proses. Satu proses keputusan dan tindakan yang berterusan. Ianya melibatkan satu siri keputusan dan tindakan bermula dari memulakan hingga mengurus sesuatu perniagaan.

Definisi terma kedua ialah inovasi. Keusahawanan melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baru. Definisi terma akhir ialah penciptaan nilai. Melalui keusahawanan, produk baru, perkhidmatan, transaksi, pendekatan, sumber-sumber, teknologi, dan pasaran telah dicipta dengan tujuan memberi sedikit sumbangan nilai kepada masyarakat atau pasaran.