Sunday, December 4, 2016

BIOGRAFI TOKOH DAN LIMA CIRI (Faiza Bawumi Sayed Ahmad)




                 Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn.Bhd dan kini beliau berusia 69 tahun. Apabila beliau berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, tokoh usahawan wanita yang berjaya ini yang merupakan seorang wanita kelahiran Mesir terpaksa berhijrah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya Tuan Haji Abu Bakar Ahmad iaitu pada tahun 1964. Semasa beliau berhijrah ke Malaysia beliau sudah mampu menguasai bahasa Melayu dan fasih menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Ini adalah sikap beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran-jirannya menjadi faktor utama beliau mahir dalam menggunakan Bahasa Melayu. Tokoh usahawan wanita ini mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 orang cucunya. Walaupun beliau seorang yang berusia, namun ianya tidak menghalang beliau untuk merancang strategi bagi mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Wanita yang berpewatakan lembut ini sebenarnya seorang yang sangat lemah lembut. Beliau menginginkan bahawa syarikat yang dimilikinya sentiasa berada pada landasan yang betul dan mencatatkan keuntungan yang sangat tinggi pada setiap tahun.
Antara ciri-ciri usahawan Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang telah membuatkan dirinya berjaya ialah:

3.1 OPEN RISK TAKER
Faiza Bawumi Sayed Ahmad memulakan modal dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju untuk anak-anak kecil jirannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes perniagaan pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil ini, beliau menabung wang bagi menjalankan modal bisnes seterusnya.
Selain itu beliau turut menjual rempah kari buatan sendiri dan ia mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli senuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari tersebut. Beliau belajar membuat pelbagai jenis beras. Beliau juga memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk Ponni, Basmathi dan Beras Wang setelah mendapat maklumbalas yang positif atas usaha selidik pergi ke satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan respon.

3.2 OBSERVANT (TAAT)
Taat bermaksud patuh atau dengan erti kata lain tidak membantah sebarang arahan atau peraturan. Sikap taat di dalam diri seorang usahawan perlu ada agar mereka tidak melanggar etika atau peraturan perniagaan seperti menggunakan sistem riba, membocorkan maklumat syarikat kepada pihak luar atau musuh atau lebih dikenali sebagai whistle blower. Seterusnya, usahawan tersebut juga perlulah sangat jujur dengan pelanggan ataupun pembekal. Misalnya, mereka memberitahu mengenai kelebihan dan kelemahan produk yang dijual tanpa menyembunyikan apa-apa.
Contoh usahawan yang mempunyai sikap taat di dalam dirinya ialah Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad dimana beliau ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara Malaysia. Beliau yang merupakan pemilik syarikat pemborong beras syarikat Faiza Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang wanita yang mempunyai semangat waja. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Pengalamannya sejak dari kecil telah mendorong beliau untuk bergiat secara serius dan gigih dalam bidang perniagaan.
Setelah beliau berjaya menjadi pemborong beras, sikap taat yang masih terdapat di dalam dirinya. Hal ini dibuktikan dengan beliau telah memohon lesen pemborong beras terlebih dahulu sebelum menjual pelbagai jenis beras termasuklah beras ponni, basmathi, beras wangi serta beras siam. Meski pun perniagaan beliau telah berjaya tetapi beliau tetap jujur daalam menguruskan hal-hal perniagaannya dengan pembeli. Perniagaannya tetap mementingkan kualiti produk yang tinggi dan juga memastikan ianya halal. Hal ini telah membuktikan bahawa Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad seorang usahawan yang taat.


3.3 VISIONARY
Wawasan sangat penting dalam diri seorang usahawan yang berjaya. Ini kerana wawasan merupakan elemen penting bagi usahawan tersebut untuk terus mencapai matlamat sesebuah organisasi atau syarikat yang di pimpinnya. Wawasan bermaksud mempunyai pandangan yang jauh terhadap sesuatu perkara seperti kemajuan atau perkembangan pada masa depan.
Seorang tokoh usahawan yang berjaya iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang merupakan pengasas bagi Syarikat Faiza Sdn. Bhd, beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai wawasan yang tinggi. Beliau dilahirkan di Mesir dan mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak datang dari keluarga yang kaya raya, malah kejayaan beliau hari ini merupakan hasil dari titik peluh beliau sendiri. Faiza Bayumi Sayed Ahmad telah menjalankan pelbagai perniagaan seperti mengambil upah menjahit sulaman, menjual pelbagai barangan dapur, menghasilkan set sarung bantal, berniaga set ensiklopedia, dan bisnes pinggan mangkuk. Beliau juga menhasilkan pelbagai rempah kari dan akhirnya membuka kedai runcit dengan modal menjual rempah kari. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain dan tercetusnya idea untuk membekalkan beras halal kepada orang Islam di Malaysia.

Faiza Bawumi Sayed Ahmad dikatakan seorang yang berwawasan tinggi kerana beliau merupakan usahawan pertama yang berjaya membekalkan beras halal di Malaysia. Produk beras Faiza tersebut mendapat sambutan walaupun mendapat saingan yang sengit. . Produknya berkualiti tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya. Usaha yang dilakukan beliau itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.
Kesimpulannya, untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu haruslah berwawasan tinggi dan berpandangan jauh agar sesuatu perniagaan dapat dicapai dengan jayanya.


3.4 TEAM ORIENTED
Pasukan berorientasi ataupun kerja berpasukan merujuk kepada kerjasama antara pekerja yang bekerja dalam sebuah kumpulan untuk melaksanakan tugas dengan berganding bahu dan tenaga bagi mencapai objektif dan matlamat pasukan. Seseorang individu dalam sesebuah pasukan dapat menggunakan kelebihan dan kepakaran yang dimilki serta bertukar pendapat dan memberi idea yang bernas demi kebaikan pasukan.
Salah seorang usahawan berjaya yang mempunyai ciri ini ialah Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. (SFSB).  Faktor kejayaan beliau ialah ilmu pengetahuan dan mempunyai pasukan pengurusan yang cekap dan berkesan. Beliau percaya bahawa kejayaan SFSB  dapat dicapai hasil daripada kesungguhan dalam melakukan setiap perkara. SFSB sentiasa melihat ke hadapan untuk menghasilkan cara yang lebih baik untuk menjanakan, teknik-teknik lebih baik, berkomunikasi, menyampaikan dan galakan untuk memberi khidmat jualan. Tambahan pula, kekuatan SFSB terletak pada daya penggerak yang professional dan tenaga pekerja yang memiliki pengalaman dalam bidang masing-masing dan pengetahuan yang luas di mana kekuatan tersebut merupakan persiapan bagi bersaing dalam  aktiviti perniagaan beras. Hal ini kerana tiada tolak ansur mengenai kualiti di SFSB.

Kini, SFSB makin berkembang dan maju sehingga syarikat tersebut mempunyai tiga buah kilang yang terletak di Terengganu, Selangor dan Kedah. Selain menjalankan perniagaan beras dan rempah, kini SFSB telah memasuki bidang baru dengan menawarkan produk baru iaitu kicap, sos cili dan bihun. Bagi meningkatkan jumlah pengeluaran bihun, syarikat ini telah menempah sebuah mesin dari China bagi mencapai sasaran jualan pada tahun pertama sebanyak RM12 juta.
Konklusinya, Puan Faiza Sayed Bawumi adalah seorang usahawan yang memiliki sebuah pasukan yang berorientasi dan bersama-sama menyumbangkan kebolehan serta mewujudkan jalinan kerjasama yang kukuh antara semua pihak agar penetapan matlamat dapat dicapai.


3.5 OUTCOME ORIENTED
              Usahawan Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad menjalankan perniagaannya berorientasikan hasil. Pada beliau, kepuasan pelanggan merupakan keutamaan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Bagi mengembangkan lagi produk beliau, bahan bahan rempah ratus yang berkualiti menjadi pilihan beliau bagi mengekalkan rasa asli resipi tradisional yang menjadi simbol kepada Syarikat Faiza. Puan Faiza juga amat menekankan aspek kebersihan dan kualiti produk dimana produk keluaran Syarikat Faiza bebas perasa tambahan dan bahan pengawet. Keadaan di kilang pengeluaran juga menjadi keutamaan Puan Faiza kerana dari kecekapan penggunaan mesin dan pekerja yang terlatih dapat mengendendalikan pemprosesan dan pembungkusan dengan baik di samping dapat menjimatkan kos. Perkara yang paling penting bagi Puan Faiza ialah produk yang dikeluarkan mendapat status HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Puan Faiza pernah mengeluarkan penyataan di petikan surat khabar Kosmo! semasa ditemubual mengatakan, "Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal,". Hal ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan Puan Faiza dapat mengutamakan kualiti pengeluaran telah berjaya menaikkan nama produk beliau dan mendapat kepercayaan pelanggan.



 KESIMPULAN
       Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa individu atau masyarakat yang ingin berjaya seperti tokoh-tokoh usahawan yang telah berjaya dan disegani orang ramai, mereka perlulah mempunyai ciri-ciri serta sifat-sifat usahawan seperti yang telah dibincangkan dalam laporan ini. Setiap orang mempunyai peluang dan jalan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, namun mereka perlulah bersungguh-sungguh terhadap sesuatu kerja agar impian mereka untuk menjadi ushawan yang berjaya tercapai. Usahawan-usahawan yang berjaya perlulah diambil contoh daripada keperibadian dan sifat mereka yang menjadikan mereka berjaya seperti yang telah mereka kecapi sekarang. Daya usaha dan kerja keras perlu dilakukan sementara mengejar kejayaan pada masa akan dating. Semoga negara dapat melahirkan usahawan yang berjaya dan dapat mencapai taraf negara maju melalui penglibatan usahawan dalam negara ini.

1 comment: